Ramadan di Wad Psikiatri

Ramadan Di Wad Psikiatari

Beberapa tahun lalu, aku masukkan diri sendiri ke wad psikiatri. Pengalamannya tak begitu seronok, malah jauh daripada pertolongan yang aku perlukan.

Kemudahan sedia ada teruk dan pesakit tak dilayan seperti orang. Pada dasarnya ia seperti lokap dengan keselamatan minimum di mana medical officer (MO) menghabiskan malam mereka bermain DOTA semasa kami tidur.

Masa itu bulan Ramadan.

Aku tak dibenarkan meluangkan masa di luar wad, sebab mereka tak ingin biarkan MO mengiringi aku, bimbang aku akan larikan diri.

Aku rasa perkara ini kelakar sebab:

  • Aku daftarkan diri sendiri ke wad
  • Ada peta kawasan hospital di papan kenyataan, mudah kalau ingin larikan diri

Bagaimanapun..

Oleh sebab aku tak ‘diizinkan’ keluar, aku akan melepak di pintu masuk, kedua-dua belah tangan berpaut di pintu pagar yang terkunci dan cuba dapatkan cahaya matahari. Kenapa? Cahaya matahari membantu dengan mood regulation.

Wad psikiatri wanita terletak di seberang wad lelaki, dan anehnya, pesakit wanita diharapkan membersihkan wad mereka sendiri, bukan seperti pihak lelaki.

Wad lelaki mempunyai cleaner sendiri, tetapi aku akan buat pembersihan sendiri, hanya untuk ada sesuatu untuk lakukan.

Pada salah satu pagi Ramadan, aku melihat seseorang menjerit kepada pesakit di wad wanita.

“Berapa lama dah duduk sini, tak reti-reti lagi mop lantai. Bodoh!”

Orang ini (pakar diet, aku diberitahu kemudian) nampak aku memandangnya dan berkata…

“Kau nak ke kawin pompuan macam ni? Sapu & mop pun bodoh. Buang beras saja.”

Aku mengambil nafas panjang, mengambil sedikit masa untuk menjawab.

“Ada jual tak mee goreng ke? Nasi lemak?”

“Apsal?” dia menjawab.

“Saya rasa awak elok makan je la. Tak guna puasa cakap camtu kat patient.”

Dia terus pergi dalam keadaan marah.

Apa pengajaran daripada cerita ni? Ada beberapa. Pilihlah pilihan anda.

(Catatan: Aku telah memendekkan beberapa bahagian perbualan agar sesuai dengan pos ini)

 —

Akibat pengalaman aku di wad psikiatri ini (pengalaman anda mungkin berbeza), aku berhenti jumpa doktor dan menghentikan ubat selama 9 bulan.

Sebab lain aku berhenti – aku terlalu letih dengan disiplin menjaga kestabilan. Ubat-ubatan, terapi, makan dengan betul, tidur awal dan bangun awal, walaupun pada hujung minggu, bersenam .. itu hanya membuat aku letih.

Jauh lebih sukar bagi penderita Bipolar Disorder untuk mengekalkan ‘normal’ yang nampak mudah bagi orang lain.

Dan aku melakukan semua ini sambil mengekalkan pekerjaan tetap yang aku suka dan lakukan dengan baik.

Apa jadi pada pesakit wanita tadi? Dia dahpun berada di wad setahun lebih, ditinggalkan oleh keluarganya. Dia juga mempunyai anak yang dia tak dapat lihat sejak dia ditahan wad.

Dan ini perkara yang sangat biasa. Agak kerap orang membuang saudara-mara yang tak diingini di wad psikiatri, terutamanya berhampiran Hari Raya.

Sekurang-kurangnya PKP boleh mengurangkan perkara ini pada tahun ini.

Kenapa aku kongsi cerita ini?

Aku terasa bosan dan nostalgia. Aku selalu memikirkan masa di wad psikiatri sepanjang bulan Ramadan.

Ia juga mengingatkan aku betapa tak pentingnya orang seperti kita bagi orang lain.

Aku tak nak menghalang sesiapa daripada meminta pertolongan, malah masuk wad bila perlu.

Tetapi, uruskan harapan anda. Penjagaan kesihatan mental telah diketepikan & kekurangan dana selama beberapa dekad. Stigma masih berleluasa, bahkan dalam kalangan profesional perubatan juga.

Kesejahteraan mental rakyat tidak menjadi keutamaan mana-mana pentadbiran pun, kecuali mungkin beberapa tahun terakhir ini. Sebilangan besar penyampaian perkhidmatan tak mengutamakan pesakit, walaupun berniat baik.

Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk mengubah sesuatu?

Sebagai permulaan:

  • Dapatkan pendidikan mengenai penyakit mental, bertindak berdasarkan maklumat yang sah secara saintifik
  • Sokong inisiatif kesedaran & destigmatisasi, jangan berkelahi dengan orang sekutu
  • Bercakap dengan Ahli Parlimen anda, pengaruhi kementerian kesihatan & kementerian-kementerian berkaitan untuk mendapatkan infrastruktur kesihatan masyarakat yang lebih baik, bukan hanya hospital
  • Hapuskan syarat kami terhadap Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). Kenali & martabatkan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai warganegara sepenuhnya.

Share your story with us today!​

About the author

+ posts
Scroll to Top